BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 26, 2010

Bila masanya

Hari hari berlalu dengan pantas. Aku masih terkapai kapai di awangan. Aku masih belum temui jalan penyelesaian untuk diri aku sendiri. Tetapi aku gembira dan senang hati kerana mempunyai seorang insan yang sangat mengambil berat tentang diriku yang tiada apa apa keistimewaan seperti orang lain. Selain mama dan abah, dialah yang memberi kebahagiaan pada diri ini yang mempunyai banyak kekurangan. 

Abah meminta untuk aku mengubah diri aku sendiri. Dia inginkan yang terbaik untuk aku, aku mulai sedar bahawa aku terlalu dimanjakan oleh abah Segala yang diinginkan selalu ada depan mata dan tidak pernah merasa seperti ingin berdikari. Aku perlu untuk berubah! Tahun 2011 yang akan datang ini, aku ingin berubah. Antara habit buruk aku :

  • Kuat tido sangat sangat sangat.
  • Kuat bercakap dan melalak.
  • Pemalas buat kerja rumah.
  • Melawan cakap mama.
  • Suka carik gado sesuka hati.
  • Kuat mencarut.
  • Mulut main lepas ta fikir org.
  • Mengutuk org kuat.
  • Ta pandai berdikari.
  • Suka mengarah org.
  • Kuat melenting kalau kena tego.
  • Terlalu manja.
  • Sensitif sangat.
  • Hati lembut + Hati kering
  • BOROS, yess sangat boros.

No comments:

Post a Comment